Saturday, December 24, 2011

hamba MU ~

 seketika~ keluar dari 'dunia' yang kian hari menghimpit diri, mencengkam rasa, tiba masanya, kini, Alhamdulillah...


hanya itu mampu terucap, Ya Rabb, kesempatan ini, mudah mudahan digunakan sebaiknya, oleh diri ini, insan yang kerdil, yang hina di sisi Mu, Ya Allah.


kudrat yang sedia dikurnia ini, terhimpun, atas satu tujuan yang sama, insyaALLAH, hanya Engkau mengetahui! 


dengan kudrat yang sedia dikurnia ini, digagahkan diri, menghayun langkah, menapak ke situ, insyaAllah, kearah Mu, Ya Allah. hanya Engkau mengetahui!


kudrat ini, langkah ini, tak mahu kenal putus asa, Ya Allah, mencari sinar itu, yang pasti, yang nyata di hadapan, benar! hanya Engkau mengetahui!


kudrat ini, karunia Mu, untuk mencari Mu, mencari sinar itu, di balik dedaun redha Mu, ya! hanya Engkau mengetahui!


di sini, aku bukan sendiri, di sini, aku bukan menyendiri, tapi di sini, aku bersama mereka, ya, kerana Mu! ukhuwah fillah itu, sangat indah, bukan?
Allah, kekalkan aku di jalan Mu ini, Ya Allah!


dalam mencari sinar itu, kami melangkah bersama, kami menapak bersama, ya, dibumi Mu, berpijak nyata, tapi.. nyatakah pencarian kami? nyatakah perjalanan ini sedang hati ini...Arrghhhh!! MENGAPA??? 




Astaghfirullah al azim...
Astaghfirullah al azim...
Astaghfirullah al azim...


ya! itu!! zikrullah! maksudnya...ingat Mu, bukan?? Ya Allah! ya! itu!! taqwa!! hanya pada Mu, bukan?? Ya Allah! 


BENAR! ITU BENAR!! YA ALLAH!!! 
mengapa masih ragu di benak sedang jauh di sanubari yang suci itu, hanya Mu?? Ya Allah... 



subhanallah... 
mengapa kadang kadang, ada ketika, kita leka..lalai...alpa...? adakah kerana kita, manusia?
mengapa kadang kadang, ada ketika kita jauh, ragu, menolak..kebenaranNya? adakah kerana kita, manusia?


astagfirullah al azim..
kadang kadang..kita rasa, kita dah dekat sangat denganNya, tanpa kita sedar, kita semakin jauh dariNya. kadang kadang kita rasa ingin menjauh dariNya, tanpa kita sedar, Dia semakin ingin menghampiri kita, mengapa ya?
itulah YA RAHMAN, itulah YA RAHIM. Dia sangat kasih, sangat sayang akan kita, bukan?
tapi mengapa kita sering ingin tinggalkanNya? sedang Dia kurniakan kenikmatan melimpah buat kita, sedang Dia kurniakan kemudahan melimpah buat kita, sedang Dia sangat sangat sayang akan kita,.. mengapa sering kita kufur?





ukhuwah fillah itu indah!
marilah sahabat sahabat ku, limpahkan sayang kita, cinta kita, hanya buat Nya.... hadiahkan Nya taqwa dari kita, yang sesekali, pasti nya TANPA SYARAT! insyaAllah~

wallahu'alam
tinta cempaka da habis~
Assalamualaikum...wbt....                                                                  


*** rehlah @ Pantai Tanjung Asam,Teluk Kumbar, Pulau Pinang.

                 @ 8.00 pg - 1.00 ptg
                 @ 24/12/2011
                 @ sabtu    


No comments:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...