Sunday, December 18, 2011

sahabat ku~

sabda Rasulullah SAW, " Islam itu bermula dalam keadaan ganjil,dan ia akan kembali menjadi ganjil sebagaimana ia bermula, maka beruntunglah mereka yang ganjil". Baginda SAW ditanya, " Siapakah mereka yang ganjil itu ya Rasulullah?"
Rasulullah SAW menjawab, " Mereka itu ialah orang yang melakukan islah ketika fasadnya manusia". 

* fasad = keburukan

meminjam kata2 Umar Al Khattab, "tidak akan kamu berasa gundah walau sekali, jika kau tahu apa yang dicari"

sahabat, mungkin Allah detikkan hati ku untuk kongsikn ini..tp aku tahu...ni pn x seberapa,bila aku tgk kmu post di fb, 


sahabat, aku tahu, kamu sebenarnya bukan seperti yang kamu tulis d wall itu, aku tahu, aku sayang kamu sebagai sahabat, dan persabahatan kita, tak mungkin lenyap begitu sahaja,


sahabat, kamu pernah dengar bukan? " seorang sahabat adalah seseorang yang mampu menegur kkeuranga yang ada pada diri mu, jika dia sentiasa memuji mu,dan terus menerus membiarkan kamu dalam khayalan pujian itu,itu bukan sahabat,"

sahabat, kamu tahu? disini, ramai aku yang aku kenal, macam2 ragam ada! eh, mesti kamu pun sama kan? disana?! malah jauh lebih macam2! sebab..kamu berada di sana, di satu tempat yang agak jauh dengan 'kehidupan' kita sebelum ini.

aku disini, dan kamu disana, atas satu tekad yang sama,mungkin, atas tiket 'perjuangan'!! betul kan sahabat? kita sedang berjuang,bukan? 

tetapi..tersentuh hati kecil aku, bila aku tahu yang kamu merasa kehidupan kamu kosong, disana?? sahabat. kenapa? kenapa sahabat?? 

aku bukanlah sempurna, dimata sesiapa pun, malah belum cukup lengkap lagi, sahabat. tetapi sahabat, syukur alhamdulillah, aku dapat melihat kasih sayang dari yang SATU, sahabat, DIA sangat sayang kan kita, sangat rindukan kita,melebihi sayang antara kita, melebihi rindu antara kita! Subhanallah.. subhanallah...subhanallah.. 

sahabat, tidak pantas sahabat, untuk aku berbicara seperti ini, tidak! tapi, kerana Dia, aku kuatkan hati, aku bulatkan tekad, walaupun ini, aku sedar, tidak seberapa.

sahabat, ingatlah, DIA sentiasa menunggu,menanti,merindui,dan menyayangi mu. 
sahabat, jadilah sahabat pada ku, tegurlah aku sahabat, atas kekhilafan aku di mata mu, janganlah kamu jaga hati aku dengan pujian itu,sahabat! aku tidak pantas dengan pujian2 itu!! aku juga masih mencari,sahabat.
masih jauh perjalanan kita, masih terlalu jauh, tapi sahabat, pernah kah kita tahu, bila ia akan berakhir? pengakhiran tu,..adakah kita mempunyai titik akhir yang sama?? 

sahabat, aku sangat sayang pada kamu,kerana NYA, 

buat sahabat ku, 

           * a_i_a                 *_a_i_a_              *s_u_i_h                *_i_a              


dan juga buat sahabat-sahabatku ( special to those yang sedang baca ini ) yang sentiasa men'support' aku ketika aku 'terjatuh',

" dan janganlah kamu (merasa) lemah,dan jangan (pula) bersedih hati,kerana kamu paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang beriman" [ surah Ali-'Imran : 139 ]

"(yaitu)orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram." [ surah Ar-Ra'd : 28 ]


tinta cempaka da habis,sekian bicara cempaka..
Assalamualaikum wbt..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...